Maaf di atas kelambatan men'post'kan post
Keh3
Ayat lucu
Disebabkan aku lambat post so hari ni aku bagi bonus tambah 6 nama la~ dengan video~ sekali
ENJOY !
7. Al Mu'min
Maha Pemelihara Keamanan
Dibaca 136x setiap hari. InsyaAllah akan aman diri dan hartanya daripada kejahatan.
8. Al Muhaimin
Maha Menjaga
Zikirlah sebanyak-banyaknya, insyaAllah akan sentiasa diawasi Allah SWT dan dibersihkan zahir dan batinnya juga bercahaya hatinya.
9. Al Aziz
Maha Mulia
Dibaca 40x setiap selesai solat Subuh selama 40 hari, insyaAllah akan dikurniakan kekayaan dan dimuliakan oleh Allah SWT. Tidak juga dia akan berhajat atau berharap pada yang lain selain Allah SWT.
10. Al Jabbar
Maha Perkasa
Sebutlah sebanyak 226x setiap pagi dan petang insyaAllah tidak akan berdaya orang-orang yang memusuhi untuk menganiayanya. Akan tunduk mereka atas pertolongan Allah SWT.
11. Al Mutakabbir
Maha Megah
Dibaca 662x setiap hari, insyaAllah akan terlindung daripada musuh dan tunduk orang yang takabbur.
Bila dibaca saat bersama isteri insyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh dan sihat.
12. Al Khaliq
Maha Pencipta
Dibaca 5000x, insyaAllah akan ditemui harta, kekasih atau keluarga yang hilang.
Baca diwaktu malam, Allah SWT akan mengirimkan malaikat untuk membantu menempuh kehidupan di atas jalan yang benar.
13. Al Baari'
Maha Membebaskan
Dibaca 100x pada siang hari, insyaAllah akan terhindar dan selamat dari kesulitan serta kebinasaan.
14. Al Musawwir
Maha Pembentuk
Bacalah sebanyak 336x, insyaAllah segala perbuatan dan pekerjaan akan menjadi baik.
15. Al Ghaffar
Maha Pengampun
Sesiapa yang membaca 100x dalam dia menunggu solat Jumaat di dalam masjid, dosa-dosa yang terdahulu akan diampunkan oleh Allah, insyaAllah.
ALHAMDULILLAH~
No comments:
Post a Comment