Wednesday, March 16, 2011

hatiku merintih sedih

Memang kuakui
Jikalau aku terkena hujan
Maka kau akan terkena jua
Jika aku demam 
Maka kau juga akan demam
Kerana aku adalah engkau
Dan engkau dalah aku
Tetapi
Aku redha
Dengan segala takdir yg ALLAH beri
Aku yang lebih memikulnya
Tapi mengapa engkau tidak redha?
Walaupun sedikit tempias tidakkah kau terima?
Bukankah engkau jua adalah aku?
Atau  mungkinkah engkau tidak sedar?
Bahawa aku yang menggalas segalanya?
Aku yang lebih merasainya?
Mengapa tohmahan yang diterima?
Bukannya kekuatan?
Kini baru kusedar
Siapa kawan siapa lawan
Kumemujuk diri
“Siapa yang mengaku dia beriman sedangkan dia tidak diuji?”

Tuesday, March 8, 2011

imbauan kenangan lalu..

aku taw,ade yg da rindu nk kek coklat an..so juz wanna 2 recall back our time t0gther with da CAKE!!

 da coklat kek..hmmm


ni muke yg da x sab02..hehe


 nvr 4 get in my life!!


huiyo!!

nikmatnyer ain...

mis u all!


so,stkt ni je la ek..
sbnrnyer.ade lg bbrp pic..
tp nnti kome buhsan plak tgk2 byk2!!
aku jrg sesangat2 nk post an,
jgn mare plak klu skali aku pos,ak pos byk2!!
hehehehek
klu ade rezki kiter..
amek rzt nnti,ade la kot tcer wt kek..
doa2 ler..hik3..
tcer kater wk2 aku gi hr skn ri2..
dy rndu kiter sume!!
tcer xjdik gru kls daa..
i stop here..
t crita lg ek..
slmuallahialaikum..




Monday, March 7, 2011

MAHAL SEBUAH PERMATA

ni aku amek dr blog my senior...try la fhm mksd yg tsirat...



Permata tak bernama permata

Tanpa kita pengukir setia

Yang setia mengukir setiap sudut

Setiap bucu tanpa jemu

Permata takkan nampak kilaunya

Andai dipalit lumpur, disalut kotor

Sinarnya pasti makin layu, makin sirna

Andai dibiar kaku, tak terjaga, tak terpelihara

Jangan nanti tiba saat duka

Permata berkubur tanpa nama

Jangan pernah kita leka

Jangan pernah kita alpa

Permata itu milik kita

Permata itu warisan kita

Permata itu amanah kita

Jangan dinoda, jangan dicela

Tapi, ayuh!

Sama-sama menjaga, sama-sama pelihara

Permata kita tak ternilai harganya…

Aku tak rela permata dirampas dari pegangan

Kanku pertahan walau diserang, walau ditentang

Takkan pernah ku gentar dengan lawan

Takkan pernah ku luntur dengan cercaan

Kerna ku yakin dengan janji tuhan

AKU YAKIN DENGAN APA YANG AKU PERJUANGKAN…

LuaHan haTiku dLm lAgu nh...feEl it oK!!!hek2

Hembusan bayu yang bertiup
bersama deruan ombak yg memukul pantai
hatiku sayu
bila mengenangkan
perpisahan yang tiada diundang

Bertahun kita melangkah bersama

Setelah cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda janji pada agama
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda


Kita hanya mampu berusaha

Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu

Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina

Semoga kitakan dirahmati

Oh teman....





Sunday, March 6, 2011

THE ARRIVALS episode 17


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillah~ Allah beri lagi peluang dan ruang untuk mengpost The Arrivals
Dah masuk 17 episod Alhamdulillah



Nurizyan Hanis~
3:30am


THE ARRIVALS episode 17


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillah~ Allah beri lagi peluang dan ruang untuk mengpost The Arrivals
Dah masuk 17 episod Alhamdulillah



Nurizyan Hanis~
3:30am


Wednesday, March 2, 2011

nak tanye kome nih..!

warggghhh....
ngant0k...
td tgk citer drama ...
dy tgh sembang ngn kwn dy..
dy ade ckp...."klu org x kuat agama dy byk tnye, klu org kuat agama dy x byk tnye..."
p2 kwn dy ckp blik..."org yg belajar tp x berfikir, rugi....org yg berfikir tp x belajar, bahaye...."

em,,,
ape plak kata kome...????
atau tak terkata....??
atau tgh berfikir nk berkata-kata..??
atau......???
hehehe
meh r kongsi....
tak phm r pe depe nh kata.....


Apa hebatnya solat di awal waktu ??


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.
Sumber Grafik: Initiate SomethingInfo: Penerbitan & kemaskini semula artikel laman versi 01 oleh aeyie®

Layakkah kita untuk syurga Allah?

Kenapa kita terasa sukar setiapkali ingin melakukan kebaikan dan perubahan? Bahkan kesukaran itu akan lebih terasa apabila kita cuba untuk istiqomah dengan kebaikan.

Kenapa susah sangat kita nak tinggalkan keburukan atau sesuatu maksiat? Kalau boleh tinggalkanpun hanya sekejap saja.

Mungkin ini adalah persoalan yang sering menghantui pemikiran kita hingga kadang-kadang ada yang berputus asa. Berputus asa hingga terpaksa menjadikan dosa sebagai makanan 
harian.

Ya, kita semua begitu hajatkan syurga Allah dan takutkan nerakaNya. Dalam ceramah saya, kadang-kadang saya laungkan “Siapa yang nak masuk neraka sila duduk!” Anda boleh bayangkan responnya. Kalau peserta atau pendengarnya sudah agak dewasa, pun akan tersipu-sipu bangun. Tidak ada siapa yang mahu dirinya digolongkan sebagai ahli neraka. Namun persoalannya, KENAPA ramai yang masih melakukan dosa bahkan begitu sukar meninggalkannya? Bahkan kadang-kadang kita melakukan dosa-dosa yang sama.

Jawapan ringkasnya mungkin mudah saja; INILAH NILAI SYURGA.

Kata Ibnu Jauzi, mafhumnya  “Orang yang memilih jalan keimanan sebenarnya telah memilih jalan yang paling sukar.” Ya kita telah memilih jalan yang paling sukar iaitu jalan yang telah dipilih oleh para nabi. Sabda Rasulullah SAW “Orang yang paling berat ujiannya ialah para nabi, kemudian orang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti pengikut mereka, kemudian orang yang mengikuti pengikut kepada pengikut mereka”.

Kalau begitu, kita yang lemah jiwa ini tentu tidak layak masuk syurga? Kita tidak sehebat sahabat-sahabat yang berjuang bersama Rasul SAW. Kitapun tidak sehebat ulamak-ulamak yang hidup memperjuangkan kebenaran. Kita ini kan orang biasa, bukan sekolah agama pulak tu bahkan ada yang lahir dari keluarga yang jauh dari agama. Adakah kita nanti akan jadi ahli neraka.

Kalau ini yang sedang anda fikirkan maka sedarlah bahawa yang sedang berbisik itu adalah syaithan yang inginkan kita putus asa dengan rahmat Allah Taala hingga akhirnya kita akan bersama-samanya didalam neraka.


Hakikat diri

Inilah hakikat diri kita: Lemah, lupa, sukar menentang arus dan berbagai kelemahan lain. Jangan kita lupa bahawa sahabat-sahabat Rasulullah juga manusia biasa seperti kita bahakan mereka itu kata Syed Qutub adalah serpihan masyarakat jahiliyah yang suka minum arak, membunuh anak perempuan hidup-hidup, berzina dan sebagainya.

Bukankan Allah Taala berfirman yang maksudnya “Demi jiwa dan penyempurnaannya, diilhamkannya fujur dan taqwa.” Ya kita semua memiliki kecenderungan yang sama: Ingin melakukan kebaikan dan keburukan. Bahkan kata Ibnu Jauzi “Kecenderungan melakukan kejahatan itu seperti air yang menuruni bukit manakala kecenderungan jiwa untuk melakukan kebaikan seperti air yang menaiki bukit yang memerlukan satu tenaga tambahan”.

Jadi untuk melakukan perubahan dan istiqomah diatas kebenaran maka kita memerlukan proses tarbiyyah yang betul, murabbi yang boleh dijadikan contoh dan persekitaran yang akan menambah cinta dan ketaatan kepada Allah serta yakin dengan janji-janji dan ancaman-ancamanNya.

Untuk memahami proses tarbiyyah yang betul, saya selalu bergurau tetapi serius “Gilalah untuk baca sirah sebagaimana orang gila novel baca novel, bahkan jadilah lebih ‘gila’ lagi”. Ya, bacalah sirah dengan penuh rindu dan cinta pada Rasul SAW dan orang-orang yang beriman. Mereka adalah contoh-contoh keimanan. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW mendidik mereka dan lihatlah bagaimana mereka menyerahkan diri mereka kepada didikan atau tarbiyyah Rasul. Inilah intipati tarbiyyah: MANHAJ (SISTEM) Tarbiyyah yang betul sepertimana yang dipamerkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan PENYERAHAN  diri pada tarbiyyah sebagaimana sahabat-sahabat Rasul. Lihatlah bagaimana dengan tarbiyyah sahabat-sahabat RA mengubah diri mereka secara total dengan penuh kerendahan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Dampingilah orang-orang alim yang soleh dan ikhlas. Carilah guru atau murabbi yang ikhlas ingin membantu kita Cintailah ulamak, bacalah buku-buku mereka dan hayatilah sejarah perjuangan mereka. Ziarahilah ulamak-ulamak supaya mereka menjadi lampu-lampu penunjuk jalan kepada jiwa kita.

Dan carilah teman-teman yang soleh yang sanggup menegur kita jika kita terlanjur melakukan kesalahan. Carilah teman yang apabila kita memandang mereka maka kita teringat dan teringin melakukan kebaikan bukan sebaliknya.


Dua sayap

Perjalanan menuju kepada Allah terlalu sukar dan banyak halangannya. Kita tidak akan mampu terbang tinggi menuju redhaNya melainkan dengan dua sayap.

Sayap pertama ialah KHAUF (Takut); selalulah takut-takutkan hati kita dengan azab neraka yang jamuan keraiannya ialah buah Zaqqum, bahan bakarnya ialan manusia dan batu serta api nyalaan yang berpuluh-puluh kali ganda lebih panas dari api dunia. Takut-takutkan jiwa kita dengan saat pertemuan dimana ada wajah-wajah yang putih dan ada wajah-wajah yang hitam, ada wajah yang berseri-seri bahagia dan ada wajah yang bermuram durja. Bukalah lembaran-lembaran al Quran dan hadith lalu hayatilah hakikat-hakikat ini hingga kita terasa takut dan minitiskan air mata.

Sayap yang kedua ialah Roja’ (Harap); Yakinlah dengan pengampunan Allah dan rahmatNya. Allah tentu sekali tidak akan menzalimi kita bahkan terlalu kasih kepada kita. Bukalah lembaran-lembaran al Quran dan hadith, tentu hati kita akan terpegun apabila melihat betapa Allah itu maha Pengampun. Janganlah sekali-sekali kita berputu asa dengan rahmat dan pengampunan Allah SWT

~dicopy dari ustaz Abu Umar~
www.langitilahi.com
k.e.h.i.d.u.p.a.n

^0^

At least, aku ada diri aku sendiri. Maka aku akan berjuang untuk diriku itu.

Kalau orang tanya saya, pernah down atau tidak? Saya pasti akan menjawab pernah. Bila orang bertanya kepada saya, apakah down yang paling down pernah saya rasai? Saya akan menjawab, saat saya sedar bahawa saya tiada siapa-siapa, itulah saatnya saya paling down.
Saya rasa saya ini bagus mati sahaja. Ha… sampai macam itu sekali. Jangan contohi yang ini ya. Haha.

Tapi awak still hidup lagi, dan masih meneruskan apa yang awak lakukan selama ini? Ha, biasanya itu soalan yang akan mengekori soalan yang kedua tadi. Jawapan saya, ya, saya tetap bergerak, berjalan, dan meneruskan kehidupan.

“Jadi, apa motivasi awak, sedangkan awak melalui saat yang paling kritikal seperti yang awak nyatakan tadi? Sampai rasa bagus mati sahaja, tapi awak still bangun dan bergerak?”


Allah itu memang Yang Paling Dekat, tetapi…

Sebelum saya masuk kepada ‘jawapan’ saya, maka sukalah saya pergi kepada ‘mukaddimah jawapan’ saya. :-)

Allah adalah mukaddimah kepada jawapan saya. Iya. Sebab, jawapan saya hanya akan terhasil dengan keimanan saya kepada Allah SWT. Saya beriman bahawa Allah itu paling dekat, Allah itu sentiasa bersama kita, dan Allah itu adalah yang akan memberikan bantuan kepada kita, serta memenangkan kita sekiranya kita berada di atas jalanNya.

Tetapi mengapa saya jadikan ini sebagai ‘mukaddimah jawapan’ dan bukan ‘jawapan induk’ saya? Sebab manusia ini banyak songeh. Mereka akan kata pada saya begini:
“Memanglah Allah ada sentiasa, paling dekat, tetapi Allah bukan manusia yang boleh berbalas cakap dengan kita, yang boleh peluk kita dan sebagainya. Kalaulah Allah sahaja sudah mencukupi dengan pencukupan yang 100%, maka tidaklah Allah menjadikan untuk Adam itu Hawwa, dan tidaklah Allah menyusun perjalanan Rasulullah SAW itu memerlukan para sahabat baginda.”

Bijak apa yang diketengahkan oleh si pengketengah pendapat tadi. Dan saya sokong 100% Benar. Sunnatullah, manusia juga memerlukan manusia.

Tetapi itulah dia punca masalah yang kita bincangkan sekarang, bukan? Sekarang ini, kita rasa kita tiada siapa-siapa. Ibu Bapa tidak memahami, orang benci dengan apa yang kita lakukan walaupun kita sudah usahakan yang terbaik untuk memuaskan hati mereka, apa sahaja yang kita buat mesti ada yang nak hentam, ada sahabat tetapi sahabat pun tidak mampu menenangkan dan tidak pula mampu untuk mempertahankan kita. Rasa very very very lonely betul tak?

Jadi, apa yang saya buat bila saya dalam situasi itu?
Jeng jeng jeng…



Saya ada diri saya. Hadiah Allah buat saya.

Ahah. Itulah “jawapan” saya, dan saya tidak punya jawapan yang lebih kuat daripada itu. :-)
Kenapa saya teruskan kehidupan saya, walaupun saya rasa saya tiada siapa-siapa?
Sebab saya ada diri saya. Diri saya yang dihadiahkan oleh Allah buat saya.
Diri saya manusia bukan?

Kenapa ya, saya kena mengecewakan diri saya, menzaliminya dengan kekecewaan, kesedihan yang berpanjangan, kegagalan dalam kehidupan, hanya kerana saya rasa orang lain semuanya tidak suka akan saya? Hanya kerana saya rasa sahabat-sahabat saya tidak mampu mempertahankan saya? Hanya kerana tiada orang yang mahu memahami saya?
Sedangkan, sepanjang pengetahuan saya, diri saya sentiasa bersama-sama saya. Diri saya tidak pernah meninggalkan saya. Bahkan, diri saya bersama-sama saya semenjak lahir lagi. Lebih daripada itu, apabila saya berdiri di hadapan Allah nanti, diri saya tetap bersama-sama saya. Lebih lagi daripada itu, masa orang semua sibuk dengan diri masing-masing di hari akhirat, diri saya hanya sibuk dengan saya. Haha. Maka mengapakah saya mesti menzalimi diri saya yang amat baik dengan saya ini?

Masa semua orang hentam saya, kutuk saya, keji saya, sahabat-sahabat pula berdiam diri dan tak stand up pun untuk saya, tak back up pun saya, diri saya stand up untuk saya, back up saya. Diri saya adalah yang paling memahami saya, bahkan, dia memahami saya tanpa perlukan apa-apa penjelasan sekalipun. Sedangkan, sahabat terbaik pun, saya perlu jelaskan kepada dia itu dan ini, dan ada kemungkinan pula untuknya tidak jelas juga walaupun selepas mendengar penjelasan saya.

Maka, bukankah saya ini keterlaluan untuk terus duduk diam tanpa meraikan diri saya yang baik itu? Mengapa, kerana orang ramai yang meninggalkan kita tadi, kerana sahabat-sahabat yang bacul tadi, saya mesti bertindak zalim kepada diri saya yang menyayangi saya ini?

Jadi, konklusinya, saya kena hidup dengan kehidupan yang terbaik, untuk membuatkan diri saya yang baik tadi bahagia, senang, tidak terluka dan sebagainya. Membalas kebaikan-kebaikannya kepada saya selama ini dan yang akan datang.
Tidakkah itu sudah cukup untuk saya meneruskan kehidupan?
Nyata Allah itu tidak meninggalkan saya kesunyian bukan?

Apapun yang terjadi, paling kurang saya ada diri saya.
Maka, buat apa saya kena menghentikan kehidupan? Sepatutnya, saya kena buat diri saya tadi bahagia. Teruskan hidup, teruskan perjuangan, teruskan kejayaan.
:-)


Outro Jawapan.

Akhirnya, saya kena bagi sikit outro la kan? Sebab tadi ada mukaddimah.
Jadi kita perlu melihat semula bahawa kita ini datang daripada Allah, balik juga akan balik kepada Allah SWT. Oleh kerana saya rasa, saya ini tak akan mampu nak bayar jasa diri saya tadi, maka ganjaran yang lumayan yang saya mampu usahakan untuknya adalah dengan memberikannya ketenangan abadi selama-lamanya.

Di manakah saya mampu memberikan diri saya ketenangan abadi selama-lamanya?
Semestinya di Syurga Allah SWT. Maka, saya kena berusaha, bersabar, tabah, mengharungi segala mehnah dan tribulasi di atas muka bumi ini, untuk membalas jasa diri saya yang baik tadi. Berikan diri saya, syurga Allah SWT, atas kebaikannya yang tidak berbelah bagi buat saya selama ini.

Tidakkah kita merasakan demikian?
Takkan nak balas dengan neraka, bukan?



Penutup: Tetapi saya akhirnya menyedari bahawa, saya tidak mampu ditinggalkan sendiri

Ha, jawapan tadi adalah apa yang saya sentiasa berikan kepada diri saya semasa saya down sangat-sangat. Sebab itu, saya kekal bangkit dan berjuang. Berjuang dan berjuang. Hidup dan terus hidup. Menggapai kejayaan dan terus berjaya.

Tetapi akhirnya saya tetap menyedari juga bahawa, saya tidak mampu ditinggalkan sendirian. Saya ada sahabat-sahabat saya. Seperti Tengku Muhammad Fahmi dan Hafiz Zainol Abidin. Walaupun mungkin mereka tidak ‘sepantas’ diri saya mendapatkan saya, tetapi mereka still mendapatkan saya, menenangkan saya, berusaha membantu saya dan menyenangkan saya.
Saya yakin, majoriti manusia sebenarnya mustahil untuk ditinggalkan bersendirian. Kita pasti ada manusia yang Allah jadikan buat kita sebagai sahabat.

Tetapi, untuk worst case scenario, motivasi “Saya ada diri saya sendiri,” adalah jawapan.
Pastinya, selepas itu kita tidak akan mampu menghentikan hidup kita.
Melainkan kita tidak menghargai diri kita sendiri.



~dicopy dari Bro Hilal Asyraf~
^0^

...the glorified name...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Firstly  ana  nk  ucap  asifni  sangat-sangat

Sebab  dah  lama  tak  post  Nama-nama  Allah  yang  Maha  Agung  ni


Ppepun  . . . . . 


ENJOY !





19.  AL FATTAH

Maha Membebaskan / Membuka

Dibaca  71x  setiap selesai  fardu  Subuh  sambil  meletakkan  tangan  di  atas  dada,  akan  bersih  bercahaya  hati  dan  dipermudahkan  segala  urusannya,  insyaAllah.



20. AL  'ALIM

Maha  Mengetahui

Zikirlah  sebanyak  100x  sesudah  solat  lima  waktu,  akan  memperolehi  ilmu  ma'rifat  dan  kasyaf  serta  iman  yang  sempurna,  insyaAllah.



21. AL  QABIDH

Maha  Penggenggam

Zikirlah  asma  ini  sebanyak-banyaknya,  insyaAllah  akan  terhindar  daripada  ancaman  jahat.



22. AL  BASITH

Maha  Meluaskan 

Bacalah 10x  setelah  selesai  solat  Dhuha,  insyaAllah  akan  dikurniakan  rezeki  yang  tidak  putus-putus  dan  diluaskan  ilmunya.



23. AL  KHAFIDH

Maha  Menjatuhkan

Dibaca  500x  dengan  khusyuk  dan  tawaduk,  insyaAllah  akan  terhindar  daripada  perbuatan  dan  maksud  jahat  serta  dikabulkan  hajatnya.


24. AL  RAFI'

Maha  Meninggikan

Dibaca  100x  setiap  hari,  insyaAllah  darjatnya  akan  ditinggikan  oleh  Allah  SWT



25. AL MU'IZ

Maha  Memuliakan

140x  selepas  solat  isya'  pada  setiap  malam  Isnin  dan  Jumaat,  insyaAllah  akan  dipandang  mulia  oleh  orang.



. . . . . .

oUr soNgs(^,~)