BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM . . .
Sudah lama terkitab untuk membumikannya
Baru berpeluang pada hari ini.
Satu simfoni cinta.
Untuk menjelaskan rasa jiwa yang sebenarnya.
Kepada kalian.
Sehari tidak bertegur,
Terasa seksa batin yang ditanggung
Aku cintakanmu
Ayat keramat daripadaku yang bukan tipu
Aku memang tidak menyorokkan perasaanku
Kalau 999 kali rasanya begitu
Maka sebanyak itu jugalah akan kucurahkan kepadamu
Aku cintakanmu
Dan definisi cintaku bukan cinta murahan merosakkan
Serius bercinta dengan nikmat cinta Ar-Rahman
Takkan kucampakkanmu ke neraka dengan melanggar batas larangan
Kerana bila aku kata cinta
Aku hanya ingin bersamamu ke syurga sana
Aku cintakanmu
Dan itu tidak akan sekali palsu
Akan kugenggam erat tanganmu
Menyah duka lara dari kalbu
Walau musnah diri menjadi abu
Aku cintakanmu
Walau kutahu diriku bukan sempurna untukmu
Bukan malaikat di baitul makmur
Bukan sekali Rasulullah yang maksum
Tetapi aku bersaksi bahawa aku manusia berusaha
Menaiki tangga-tangga perubahan dan tidak berputus asa
Hendak membawamu ke syurga abadi selama-lama
Aku cintakanmu
Secinta-cintanya
Takkan kuberikan kau penderitaan
Jauh sekali membuat kau berendam tangisan
Dia dunia mahupun di akhirat tempat pembalasan
Aku cintakanmu
Dengan definisi cintaNya
Yang menjadi definisi cintaku kepadamu
Aku sentiasa berdiri di sisimu untuk memelukmu
Walau dingin dan panas dunia menyapa
Mengelap tangis dan tawa yang menziarahimu
Aku cintakanmu
Khas untuk sesiapa yang merasa dirinya dicintaiku
Aku bukan penipu
Dan ini bukannya palsu
No comments:
Post a Comment