"Astagfirullahalazim! Kenapa ini Atika?"
"Kau tu Sofea! Asyik termenung sahaja! Aku tahulah kau ada masalah. Cuba cerita dengan aku. Apa guna sahabat?"
"Mana ada masalah, Atika sahabatku. Aku hanya berfikir tentang lawatan kita ini sahaja. Aku berharap Allah berkenan dengan apa yang kita lakukan. Amin."
"Kau jangna nak berdalih dengan aku lah Sofea. Kita dah berapa lama kenal. Aku tau kau ada masalah. Kau tak boleh sorok daripada aku. Mulut kau menipu tapi muka kau tak dapat nak menipu. Kau bukan reti nak menipu, kan Sofea?"
ALLAHUAKBAR. Inilah ang dinamakan sahabat. Walaupun Sofea sedang berusaha untuk meneyembunyikan masalahnya dengan senyuman paling manis, namun sahabatnya Atika masih perasan juga akan perubahan di wajahnya.
"Bukan aku je tau yang perasan kau macam ni. Sahabat-sahabat kita yang lain perasan juga. Tu, Zainab, Syafira, Fara, pun perasan. Aku rasa, 1 bas ni perasan."
"Allahuakbar ! Apa yang kau dah buat ni Sofea? Kasihan sahabat-sahabat kau merisaui kau. Prihatin sungguh mereka" monolog Sofea di dalam hati.
Fara menghampiri.
"Sofea, kenapa dengan kau? Sungguh, aku tak pernah tengokkau macam ni! Kau sihat tak? ceritalah dekat kitorang apa sebenarnya masalah kau? Please!"
Melihat kepada ramai sahabat-sahabatnya berkumpul di satu penjuru bas bahagian hadapan sekali, Syafira dan Zainab tidak mahu melepaskan peluang untuk mangambil tahu apa yang terjadi.
Ketika itu, Sofea sedang bercerita permasalahannya.
"Aku sebenarnya jauh hati dengan ibu dan ayahku. Tapi bila aku meneliti semula pesan Luqman Al-Hakim yang menyatakan bahawa : Bersabarlah terhadapa apa yang dilakukan oleh ibu dan ayahmu terhadap perkara-perkara yang tidak disukai oleh engkau, aku pun cuba untuk melupakannya. Mungkin disebabkan terlalu payah, korang pun nampak akan perubahan aku. Maaf sahabat-sahabat"
"Sofea, menangislah. Mungkin itu akan melegakan kau" cadang Zainab
"Kalau aku tahu menangis, sudah lama aku akan menangis" jawab Sofea
"Astagfirullah, terlupa pula aku yang kau tak reti menangis! HAHA" balas Zainab
Sofea seorang gadis yang amat sukar untuk menangis. Dia seorang gadis yang sangat tabah. Dia bukannya tidak mahu menangis tetapi tidak tahu bagaimana untuk menangis. Air matanya tidak mahu keluar. Tetapi, apabila dia sudah boleh menangis, air mata nya tidak mahu berhenti pula.
Buktinya, ketika ibu dan ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya semasa dia berumur 14tahun, setitis airmata tidak langsung keluar daripada kelopak matanya. Akan tetapi, abangnya yang menangis bersungguh-sungguh. Pada malam tersebut dia boleh lagi bermain 'aci kejar' bersama-sama jiran-jirannya.
"Itulah, nikmat sebenarnya orang yang tahu menangis ni. Gunakan sebaiknya tau!"
Sofea meneruskan berkongsi bersama-sama sahabatnya mengenai masalah yang dihadapinya.
Sahabat-sahabatnya semua menangis terutamanya Syafira.
Perbuatan mereka itu diperhatikan oleh Muiz.
Muiz ialah seorang lelaki yang mungkin menyukai Sofea. Akan tetapi dia tahu bahawa ianya hanyalah fitrah semata-mata. Dan dia tidak terlalu terikut-ikut akan perasaanya itu. Dia sedar bahawa cinta itu mahal dan hanya perlu diserahkan kepada yang berhak sahaja. Kerana itu dia cuba sedaya-upaya untuk menidakkan perasaannya. Akan tetapi dia sedar bahawa pujangga ada berkata "Jangan menidakan apa yang hati berkata. Didiklah hati agar tidak menerima kebatilan"
Muiz berusaha !
_______________________________________________________________________________
Sahabat-sahabat Sofea perasan akan Muiz. Mereka perasan bahawa Muiz seperti ada hati terhadap Sofea. Tetapi Muiz cuba menjaga hatinya. Menjaga hatinya daripada tergoda dengan bisikan syaitan. Mereka perasan akan hal itu. Dan kadangkala hati kecil mereka berasa sangat cemburu kepada Sofea. Kerana Muiz seorang lelaki yang sangat bagus, disegani dan pelbagai lagi.
Menurut psikologi, seseorang itu ialah apa yang berada di dalm hatinya. Jikalau dia tenang, maka tenanglah cara hidupnya. Itu semua hasil pantulan daripada hatinya.
"Sofea! Baik kau senyum! Kau tahu tak, Muiz asyik tengok kau je. Dia perasan la yang kau lain macam!" kata Atika
"Haah Sofea, baik kau ceria balik. Kau dahla tak pernah begini, nanti bukan kau yang kena! Aku yang kena tahu tak???" kata Syafira
Syafira satu kelas dengan Muiz. Apa-apa hal mengenai Sofea, Muiz akan menyampaikan kepada Syafira. Bukan itu sahaja, Muiz juga kan sampaikan kepada sahabat-sahabatnya yang lain lantaran perasaan malu yang ada di dalam hati Muiz. Sofea juga apa kurangnya. Dia memang telah didik untuk tidak berbicara dengan mana-mana lelaki. Lantaran sifatnya yang malu. Jikalau dia rasa terdesak sangat dia akan mencari wanita terlebih dahulu kemudian baru kaum Adam.
Sampai sahaja di Melaka.
Guru-guru pengiring melepaskan semua murid-muridnya untuk mereka membeli-belah dan lain-lain.
Sofea dan sahabat-sahabatnya berjalan-jalan mengambil angin dan besembang-sembang.
"Aku rasa bertuah sangat!" akui Sofea
"Kenapa pula?" soal Zainab
Ketika itu semua sahabatnya tekun ingin mendengar.
"Sebab ada sahabat macam korang. Thanks~"
"Sebenarnya aku yang bertuah sebab ada sahabat cam ko Sofea. Kau tengoklah macammana keadan aku dulu. Suka melawan cakap cikgu, tak hormat orang, macam-macamlah!" jawab Atika.
"Aku pun, walaupun aku tak lah sejahat Atika tapi aku.... Aku jahatlah! HAHA!" kata Zainab
Semua ketawa. Niat Zainab sebenarnya bukanlah untuk menghina Atika tetapi bergurau sahaja
"Aku rasa, kalau kau dah takde Sofea, tak tahulah bagaimana dengan kitorang" tingkah Fara
Syafira sudah menangis ketika itu. Masing-masing berpelukan antara satu sama lain.
________________________________________________________________________________
Sampai sahaja di dalam bas, mereka akan bertolah untuk pulang ke sekolah.
"Sofea, nah ambil lah keychain ni! Aku beri pada kau!" ujar Atika.
Ketika itu Sofea terfikir 'bila masa Atika beli keychain ini?' Di keychain tersebut tertulis 'zikrulmaut' Takkanlah Atika yang minta ditulis begini. Sangat mustahil! Sofea dapat meneka siapa si pemberi. Terus Sofea menangis. Ketika itu dia menangis kerana risau. Risau bahawa cintanya kepada si Pemberi Cinta berkurang. Selama ini, dia tidak pernah menerima apa-apa daripada mana-mana lelaki. Dia mnangis semahu-mahunya di dalam bas.
Disebelahnya Atika, tetapi Atika ke belakang kerana ingin bersembang-sembang.
"Atika, mari sini sekejap!" Sofea memanggil Atika
Atika datang dalam keadaan lain macam. "Ada apa Sofea?" Suara Atika pun lain.
"Aku minta maaf kalau aku ada buat salah dengan kau! Tapi aku nak bertanya, bila masa kau beli keychain ini?"soal Sofea.
"Maafkan aku Sofea, aku tak berniat nak menipu. Tapi sekiranya aku memberitahu mu, kau janganlah pulangkan semula keychain ini ya? Begini, sebenarnya keychain ini Muiz yang beri. Dia suruh aku menyatakan bahawa aku yang memberinya kerana dia yakin sekiranya dia berkata dia yang beri kau akan menolaknya."
Sofea terdiam. Apa yang Sofea tahu, sampai sahaja di rumah dia ingin mengadu kepada Allah. Sofea tidak keruan. Dia tidak pernah menerima apa-apa daripada kaum Adam. Dia berniat ingin memulangkan semula di bawah meja Muiz semasa dia tiada di dalam kelas.
Sebenarnya Sofea berasa malu. Malu kepada Allah. Malu kepada sahabat-sahabatnya yang mengetahui hal tersebut. Sebenarnya Sofea juga mencintai Muiz. Mencintai Muiz dalam diam. Kerana dia takut. Dia takut cintanya itu bukan kerana Allah tetapi kerana hikmah fitrah kasih sayang yang Allah kurniakan kepada manusia.
Bas sudah sampai ke sekolah. Rumahnya hanya berada di belakang sekolah sahaja. Terus dia pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah dia mengemas barang-barangnya dan terus mangambil wudhu' dan mengenakan telekung. Dia terus bersolat sunat dan menangis di atas sejadah.
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hambaMU. Aku tidak pasti apakah yang harus aku lakukan."
Allah memberikan ilham kepada Sofea untuk bertanyakan kepada ustazahnya. Sofea mencapai Nokia nya dan SMS kepada ustazahnya. "Ustazah, ada seorang lelaki memberi saya keychain. Apa yang perlu saya lakukan?"
Ustazah mereply, "Oh, dia admire kat Sofea ya? Sofea, menerima sesuatu itu adalah adab. Jadi, suka ataupun tidak, Sofea perlu mengambilnya. jangan pulangkan semula nanti dia akan terasa hati. Berdosa Sofea. Kalau Sofea tidak mahu, Sofea boleh memanjangkan sedekah berikut. Ok Sofea? Tidak kira lah apa niatnya, Sofea terima sahaja. Agak-agak lepas ni aklau dia beri cincin Sofea terima tak? Hehe, ustazah bergurau sahaja!"
"Apalah ustazah ni, buat lawak pula. Sofea rasa, dia suka Sofea sebab fitrah sahajalah. Apa-apapun, terima kasih ustazah."balas Sofea
_______________________________________________________________________________
Sesetengah wanita seronok apabila diberi macam-macam terutamanya sesuatu daripada lelaki yang disukainya.
Tetapi . . .
Ketika Akhwat Jatuh Cinta…
Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap…
Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi…
Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sebuah rasa yang tak semestinya…
Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu…
Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai…
Yang ada adalah kegelisahan, karena rasa yang salah arah…
Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…
Ketika Akhwat Jatuh Cinta…
Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…
Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…
Yang ada adalah kekhawatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…
Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah,kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…
Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya…
Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan…
Alangkah kasihannya jika akhwat jatuh cinta…
Karena yang ada adalah penderitaan…
Jadilah seorang pemalu. Kerana ia adalah benteng terhadap setiap perkara.
الْحَيَاءُ لاَ يَأْتِي إِلاَّ بِخَيْرٍ
“Malu itu tidaklah datang kecuali dengan kebaikan.”
Dalam satu riwayat:
الْحَيَاءُ خَيْرٌ كُلُّهُ
“Malu itu baik seluruhnya.” (Shahih, HR. Al-Bukhari dan Muslim)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesebar-sebarkanlah cerita ini ya
ReplyDeletealhamdulillah pihak kami membuat sendiri cerita ini
terima ksih atas ziarah !!