Alhamdulillah, hari jumaat lepas 25 Mei 2012, tamat lah kisah hidup aku sebagai pelajar DARUL QURAN..huhu..aku x masuk u lagi tp cuak tu dah ada sebab aku akan berada dalam suasana menjadi sebahagian masyarakat luar yang penuh dgn adegan..huh!aku x rasa lagi semua tu..doakan aku ye sahabat! Aku nak story skit cerita aku dengan tempat yang aku gembur2kan bezz ni..mungkin ada yang nak dengo dan mungkin ada yang tanak kan..tp bg yang tanak, aku x kecik hati pon..boleh tutup trus blog ni dr mmbacanyanya..haha..
Rentetan kisah aku mula bila aku dok citer kat mak aku, k.hazirah taharin yg masuk dq. Aku citer laa yg dia da hafal 8 juz dlm tempoh 3 bulan. Mak aku pon ckp, "haa!nanti Nurul apply la taw!"..
Then, aku apply la. Dapat interview, aku pon pergi la dgn am, nad, adi, n sape ek lagi sorang..nisa' kot lagi sorang..astaghfirullah, da lupa laa, sori sahabat! naik la keta unser menuju ke Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah..
Diorang (pihak DQ) suruh cek 3hb 12 utk taw, aku dpt ke x dq uh..cek2, xdpt! ok, fine..mungkin itu yang terbaik utk aku, aku pon plan la nak buat mcm2 kat rumah sepanjang cuti 6 bulan akan dtg tu. Malangnya, impian aku musnah berkecai bila aku telefon ayah aku last day exam SPM, ayah aku ckp..
"Nurul, tahniah!"
"Tahniah apa yah??"
"Nurul dapat masuk darul.."
(aku mula buat2 x paham)
"Darul apa? Darul Mubarak??"
"DARUL QURAN laaa!!!"
Tersentap jantung! Waktu tu jwpn aku memang tak nak masuk dq. Tapi, aku ni kan senang cair dengan mak aku, mak aku ckp, "masuk je Nurul, insyaAllah yang dok kacau2 tak nak bagi Nurul mau tu setan jaa"..jadi, dgn tekad dengan nak lawan setan, dan harapan mak ayah aku, aku pon mula melangkah kaki ke DARUL QURAN pd 27 Disember 2012..bayangkan berapa hari jer aku dapat cuti lepas exam tu??huhu
Aku terpaksa menempuhi MINGGU HALUAN SISWA dan MAFATIHUL MAHABBAH di awal kemasukkan aku ke sini..haluan siswa tu dgn pensyarah, yg lagi satu tu dgn senior2..kalau diberi pilihan, bagi RM100,000 pon aku tak nak ulang dua bijik program tu..bak kata senior, 'nightmare utk dak dq, dua bende tu la'..haaa...bukan apa pon, cuma provok yang diberi sangat hebat! Untuk pengetahuan semua, batch aku lebih kurang 20 orang kuar sbb xtahan..(mungkin)..
Maafkan Teman
Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang
Bersama deruan ombak
yang memukul pantai
Hatiku sayu bila mengenangkan
Perpisahan yang tak diundang
Bertahun kita melangkah bersama
Setelah cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda
Setelah cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda
janji pada AGAMA
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda
Kitakan terus mara biarpun
badai yang datang melanda
Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
Hanya Allah menentukannya
segalanya adalah milik-Nya
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini
Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati ingin
dilepaskan beban ini
Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji
kita yang dibina
Semoga kitakan dirahmati
Oh teman...
Oh teman...
Ni lagu waktu haluan siswa, nanges aku teringat kat korang waktu nyanyi lagu ni..huhu..
Mana mungkin kalau diri x kuat menghadapi setakat dua program ni, mampu untuk memikul AL-QURAN di dada sepanjang hayat???ni la kata2 pensyarah dan senior2 waktu aku mula2 masuk situ.. Then, bermula lah kehidupan aku sebagai mahasiswi Darul Quran. Aku kena hantar hafazan aku (kat DQ dipanggil modal..hantar modal laa) sehari 5 page! Sebelum masuk dq aku ingat senang je, tapi masyaAllah!! bukan senang nak senang! First day aku x hantar apa2 sebab takut dengan pensyarah tu..(ntah pape jer)..second day x hantar sebab cuak..third day hantar 2 page jer..then, lepas 2 minggu berkuliah, aku boleh balik sebab ada cuti..dalam tempoh 2 minggu, aku hanya dapat 15page jer, padahal aku sepatutnya habiskan 2 juzuk!! Kat dq, hanya pikir, mcm mana nak susun masa, bila nak cari modal, bila aku nak habis kan silibus quran..(waktu mula2 dulu jer pikir yang tu,semakin naik sem semakin banyak benda lain nak pikir)
Kata senior, berdampingan dengan kalam Allah ni pelik sikit..
Pernah x korang nangis bila apa yang korang baca xmasuk?
Pernah x korang tutup trus buku bila apa yang dibaca xhadam?
Pernah x seharian korang x kuar bilik seharian menghadap buku 24 hours?
semua yang aku sebut tu mungkin ada, tapi bukan dalam jumlah yang banyak kan..ke aku silap..hmm..tak taula plak..
Tapi, semua benda yang aku sebut tu, langsung tak asing di kalangan mahasiswa/wi kat dq tu..
Kbanyakkan dari kami akan nangis bila apa yang kami hafal x masuk dan lupa dgn sekejap jer..kerana menangis adalah salah satu kekuatan kami untuk bangkit semula..
Bila apa yang di hafal x dapat, tutup Quran bukan penyelesaiannya..kami akan terus membiarkan kalam Allah itu terbuka hingga tujuan asal kami membukanya terlaksana..
Kadang2, kami hanya berhenti utk solat dan makan je dan menghabiskan masa selebihnya bersama kitab teragung tu..
mungkin ada yang kate pelik, mungkin ada yang kata 'ala,,biasa la tu..nak pelik apa'
tapi bagi aku, semua tu adalah benda baru yang aku jumpa kat situ..
kat situ, aku ada satu usrah yang aku x pernah rasa lagi meskipun kat taayah..bukan nak mengutuk usrah kat taayah, tapi aku suggestkan utk korang, cuba cari atau bina sebuah usrah idaman korang..sungguh superb! itu yang aku rasa kat dq..
Ni gambar adik beradik aku kat dq (yang pakai tdg pink tu x termasuk)..aku ada mak usrah kat situ..dan kalau aku citer yang ni sti korang nak tergelak kan..kitorang ada nama panggilan dalam usrah, mcm family2 gitu..ada nama angah, ude, anjang, ateh, acik, adik n mak usrah plak kitorang panggil along dan ayong..(sebab ada 2 mak) aku?? aku dpt gelaran sama mcm kat rumah..kakak! dan aku boleh ckp disebabkan panggilan tu, kitorang jadik sangat3 rapat..mcm yang aku pernah cakap, setahun setengah je kat DQ tp x bleh disamakan dengan 5 tahun kat taayah..aku sangat berharap agar 5 tahun yang terjalin x sia2..macam mana nak rasa kemanisan ukhwah kat dq..asif jiddan! aku tak taw nak citer mcm mana..sebab benda tu subjektif dan aku ni pon bukan penulis yang mantap..huhu..
apa lagi ek aku nak citer..haa! aku ni under program PENSIJILAN TAHFIZ DQ-UIAM 2011/2012..so, aku akan masuk uia lepas aku abeh program ni..aku akan daftar uia dengan junior setahun dari aku..tapi xpe, setahun je kan..sebenarnya, aku da blur nak tulis ape dah nih..korang boleh la nak tanya paper kat aku so, aku blh jawab..
aku panggil DQ school of TARBIAH..why??sbb kat dq la aku baru kenal betul2 apa itu tarbiah? kenapa aku kena ditarbiah? penting ker??
nak ayat lagi mudah..
kenapa aku kena hafal quran??
kenapa aku kena tutup aurat??
kenapa ini..kenapa itu..
Thufail bin Amr Ad-Dausi pernah dihalang oleh keluarganya dari mendengar dakwah Rasulullah s.a.w. Lantas, setiap kali beliau melintasi kaabah, pasti beliau akan menutup kedua telinganya dengan kapas, supaya beliau tidak akan terdengar perkataan Muhammad. Tetapi takdir Allah menetapkan, akhirnya suatu hari beliau terdengar juga kalimah ayat Allah yang dibacakan baginda.
Thufail merupakan seorang penyair. Beliau pendai untuk membezakan keindahan sesuatu kalimah itu. Dan apabila dia melihat Rasulullah solat, makin bertambah keinginannya untuk belajar tentang Islam. Mendengarkan sahaja bacaan ayat2 Allah, beserta dengan penerangan dari Nabi, maka Thufail tanpa ragu2, terus mengucapkan dua kalimah syahadah.
Apa yang Thufail lakukan setelah itu?? Beliau terus balik ke rumah kerana mahu bertemu bapanya. Mengapa?? Untuk ceritakan kepada bapanya tentang agama barunya dan mengajak bapanya menganuti Islam! Hasilnya?? Bapanya juga masuk Islam. Tidak berhenti setakat itu, beliau bertemu ibunya, isterinya, dan keduanya juga masuk Islam pada hari itu juga! Masha Allah!
Dia baru sahaja masuk Islam tapi dah tarik keluarganya bersama. Kita? dah 19 tahun bersama Islam, tapi berapa ramai yang kita dah tarik? kerana apa? Kerana Thufail itu faham, apa itu syahadah..kita faham? ya, mungkin kita faham tapi kita sedar x apa yang kita faham tu?? soalan ini buat diri yang hina juga buat sahabat seperjuangan..
Jangan hanya tahu kita ni hamba Allah, tapi yang penting kita kena SEDAR yang kita ni hamba Allah..peringatan ini sebagai penutup kepada tulisan aku sebentar tadi..huhu
Di sini, aku nak ajak semua untuk kembali menghayati Kitabullah.. Memang ada hadis yang menyebut, AL-Quran akan melaknat kembali kepada sesiapa yang menghafalnya dan kemudian lupa akannya. Tapi, janganlah dijadikan alasan untuk tak nak memegangnya di dada kerana tidak mahu mengambil risiko, siapa lagi yang nak memegangnya kalau bukan kita yang faham ni wahai sahabat sekalian. ISLAM x kejam pada umatnya..Al-Quran akan melaknat kepada sesiapa yang sengaja meninggalkannya..ulangan..SENGAJA!! surah dhuha sekalipun, kalau lupa tapi x berusaha mengingatnya kemballi..sama saja..alhamdulillah. 7hb Julai ni, aku akan dtg balik dq untuk mjlis konvo..huhu..cm x caye jer, baru um0r 19 dah ada konvo..huhu
akhirul kalam, nanti kalau ada apa2 aku nak share, aku akan tulis lagi..itupun buat yang sudi membacanya..heheh..maaf kalau apa yang aku tulis ni terguris mana2 pihak ker..tp yang pastinya, kita nak masuk syurga sama2 kan..
soalan dari korang (kalau berminat ke ape kerr) sentiasa dialu alukan..aku akan jawab insyaAllah..sebenarnya banyak lagi aku nak stori mori..t aku sambung kalau ada kesempatan..insyaAllah..
~ flying from x-dq 11/12 ~