Showing posts with label HIKARI CHAN. Show all posts
Showing posts with label HIKARI CHAN. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

Sesat ..

Bismillahirrahmanirrahim . .
Created by : NURIZYAN HANIS MOHD AMRON

Ana nak cerita pengalaman ana tersilap naik bas. Alhamdulillah Allah memberikan pengalaman ni kepada ana.

Ana naik bas General. Memang biasanya ana naik bas tu kalau nak balik rumah. Tapi tak sangka pulak boleh sampai sesat ke Tanjung Tualang. Sepatutnya sampai Felcra Nasaruddin je.

Dalam bas tu ana duduk sorang2 mula2. Pastu tiba2 ada Mat Indon dok kat sebelah. Pastu kangkang luas2. 
Macam 2 seat dy punya je. Makin ana kecik kan ruang, makin dia besarkan kangkang. Hipotesis yang kureng sangat~ Ana pun amek alternatif lain untuk bangun dok tempat lain. Ah! Dah nampak. Ada kosong sebelah India 2. India pun india la janji pompuan. Sebelum nak blat u, Mat Indon tu tnye, “Eh, nak ke mana?” 

Ana jeling je. Gatal! Tengok muka dia muka sakit hati je pas ana dok sebelah india tu.

Da lama2 lepak ngn India tu, tetiba tangn ni gatal tercuit dia. Mau tak mau kena la berkenalan. Dah sembang2 tu dia suka pulak. Dia asyik2 ulang “1 Malaysia!” Huh! Bangga betol kau ye dengan 1Malaysia. HEhe. Pastu, dia cakap dia xnak mati.

“Saya tak mau mati. Saya nak mati mase besar2 nanti.”

“Mana awak tau awak mati besar nanti? Kita kan xtau bila kita akan mati.”

“Takpe la. Saya tau bila saya nak mati. Kalau saya mati, macam mana dengan anak saya? Macam mana dengan anak kepada anak saya? Takkan la nak biar diorg duduk kat bawah jambatan. Awak pulak macam mana?”

(Aduh, gawatla india ni. Ingat dia Tuhan ke nak tau bila dia nak mati. Sukahati je.)

Ana menjawab :  “Agama saya tak membenarkan takut mati laa. Semua orang akan mati kan? Dan kita xtau la bila kita akan mati.”

Dia diam. Dia cam sedar yang dia salah sebenarnya. Tapi biasala, manusia yang ego mane leh trima yg dia salah sebenarnya.

Dia cite gak, tuhan dia ada banyak. Steven la. Apela. Sampai dia sendiri pun tak ingat.

“Banyak nye tuhan awak. Tengok tu sampai tak ingat nama tuhan. Ape la awak ni.”

“Haah, tuhan saya banyak. Tuhan awak pula sape?”

“Tuhan saya 1 je!” ana jawab dengan bangga sangat!

“1 je? Sikit nye. Sape nama Tuhan awak?”

“Tuhan saya Allah la. Buat ape nak banyak2?!”

Terdiam dia. Tapi diam dia diam fikir.

Ana tanye dia, “Kenapa orang India waktu mati kena bakar?”

“Bole guna api atau tanam. Ikutla dia nak yang mana. Dia akan cakap masa dia tengah nazak.”

Nazak? Nak tergelak ana dengar. Memang da gelak pun. Tapi dalam hati la. Haha.

“Sakitla guna api. Kejam sangatla. Kita yang hidup ni kalau kena api pun dah sakit. Yang dah mati mestila lagi sakit.”

Dia terdiam lagi.

Dah lama2 sembang, rumah dia pun dah sampai. Dia suruh ana tolong tekan loceng. Sebelum dia pergi, dia bagitau yang sonok kenal ngan ana. Tapi kalau dia tak bagitau pun ana dah tau. Hehe.

Masa ni ana dah pasan lain da. Ana pasan jalan ni tak pernah pun ana lalu. Komfom bas ni salah dengar masa ana cakap ana nak pegi Bota. Hati dah terkumat-kamit baca doa dan mathurat.

Dipendekkan cerita, memang sah salah bas! Adeh, nak gtau abah ase serba salah. Nanti abah mrah tak pasal2. Tak abah marah, mak yg marah.

Last2 gtau akk ngn maizah. Mase tu tak tau nape rasa tenang je. Allah bagi kekuatan kot. Pastu gtau Erma. 

Erma pulak gtau Ya. Aduh, kantoi la Ma kalo hang gtau Ya. Ya tu da la jnis rsau sangat. Masalah kau, masalah aku. Tu la dia.

Takpela. Last2 abah boleh amik. Alhamdulillah sangat. Abah pun tak marah. Abah suruh tunggu kat pejabat pos Tanjung Tualang.

Dalam masa yang sama, ada 2 org budak tegur ana. Sorang nama Ijam sorang Ijat. Ijat si abang ni darjah 6. Ijam pulak darjah 5. Ana mase ni ditinggalkan oleh bas tu kat kedai cina. Memang deret2 ni kedai cina dengan arak+ ba alip ba ya (BABI)

“Akak tunggu sape kak? Sini bahaya kak. Selalu ada orang India mabuk. Nanti dia jumpe akak dia samurai baru tau.”

Ana cuak dah. Ana rasa diorg ni boleh dipercayai tapi ana berjaga-jaga gak. Dah bajet nak bukak silat dah kalau diorg kacau.

“Oh. Yeke? Dik, Pejabat Pos kat mana ye?”

“Pejabat pos kat sane tu. Akak nak kitorg teman ke? Sini bahaya kak. Kalau takde pemabuk pun, banyak orang jahat2.” ß ana malu nk cite ape jahat yg diorg buat.

Dalam perjalanan diorg hantar ana, ape yang paling mengejutkan ialah diorg merokok. Mak aih, baru darjah berapa dah merokok. Dalam hati Allah je yang tau betapa shock nye ana. Ana buat2 cool je mase tu. Mase ni ana terfikir nak dalami pasal diorg. First time ana dapat pengalaman ni, taknak sia-siakan.

“Akak, kalau abah akak tak amek akak lepak mana?”

“Akak lepak masjid kot. Pagi nanti baru akak amek bas. Eh, mak keje ape? Ayah keje ape?”

“Mak keje kantin kat sekolah Tiwa. Ayah, sedih nak cakapla kak.”

Ana dapat rasa ayah dia dah meninggal. Tapi nak tnye jugak. “Kenapa Ijat?”

“Abah dah meninggal. Sakit kencing manis”

“Innalillah. Yeke? Bila mninggalnye?”

“Baru sebulan kak.”

Kira ana ni bertuah la lagi. Tetiba ana tengok Ijat ni cabut2 pokok. Ijam mase ni tengah pergi beli keropok dengan gula-gula. Ana saja bagi rm1 sorang. Nak bagi ada ukhuwah sikit.

“Nape hisap rokok? Best ke?”

“Takleh tahan kak! Akak nak try ke? Saya bagi nak?”

Serius! Ada rasa nak try sebenarnya. Sebab Nampak cam best je. Tiba2 teringat Sir Zulkarnain. Sir ckp, Sir dkelilingi dgn kwn2 yg merokok tp Sir xpernah merokok. Sir pun boleh tahan, ana takkan xleh. Tahan yann, tahan~~

Masa ni Ijam dah sampai. Dia bagi Dynamite kat ana. Ana dah warning kat diorg tadi, kalau beli rokok ana taknak kawan diorg. Tau takot. Diorg tak beli pun.

“Hey, jangan la cabut2 pokok tu. Diorg tengah berzikirla.”

“Berzikir tu ape kak?”

Subhanallah. Berzikir tu ape? Ana ase nak nangis sangat masa diorg tanye macam tu. Kenapa agama orang Islam sekarang macam ni? Baru teringat Nabi pernah bersabda : Islam itu hadir dalam keadaan asing dan akan kembali asing

“Berzikir tu mcam ni Subhanallah, Alhamdulillah. Tu zikir la. Tau?”

“Diorg angguk2”

Masa tu dah maghrib. Ana ajak diorg pegi solat. Diorg nak sola sebenarnya. Tapi..

“Dik, jomla sembahyang! Dah masuk waktu ni.”

“Akak je la sembahyang. Aku tak reti la. Tapi aku nak sembahyang. Eh, taknak la. Aku tak reti la.”

“Ala, ikut je la. Macam sembahyang Jumaat jugak. Ikut je.”

Masa ni pun ana rasa nak nangis sangat. Diorang nak, tapi tak reti. Diorang nak. Tapi malu. Salah sape agaknye?

Ana solat. Ijam tolong jaga kasut sebab selalu ada kes curi. Ijat pulak tunggu kat tepi pintu. Tetiba ada pakcik tegur.

“Kamu tu kenapa duduk situ? Itu kan tempat perempuan. Pegi tempat lain.”

Tergelak ana. Alhamdulillah ana da abih solat time tu. Trus ana kluar masjid. Baru pakcik tu tau budak2 tu tunggu ana.

“Mane kasut akak? Jom jalan. Mesti korang lapa kan? Jom akak belanja.”

“Akak, nak kencingla!”

“Pegi tandas! Jangan nak pancut kat sini. Cepat, akak tunggu!”

“Alaa.. Akak ni. ß dia nak pancut sebenarnye. Tunggu tau!”

Masa nak makan tiba2 abah dah sampai. Tak dapat nak makan dengan diorg. Ana pun bagi la sorg rm3 buat diorg makan. Seblum ana chow, diorg salam ana. Ana sempat pesan soh taat kat mak. Kejap je sembang sebab abah dah sampai. Dalam kereta, sembang ngn abah pasal diorg. Abah pun sedih. Abah cakap ana ni kira bertuahla dapat didikan agama.

Ana takkan lupakan diorg. Sedih la kalau fikir~

Apa pendapat korang?

(26 Zulhijjah. 11:00 PM)

oUr soNgs(^,~)